Monday, January 5, 2009

Tahun 1430 hijrah n 2009

Dah sekian lama saya tidak meng'update' blog saya ini.. Tidak banyak cerita yang ingin dikongsi bersama dengan teman2 sekalian.. Kesempatan masa yang ada ini saya ingin mencoret sedikit nukilan untuk menjadi renungan kita bersama sepanjang kehidupan kita di dunia yg fana' ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah bagi seluruh umat Islam dan selamat tahun baru bg seluruh penduduk dunia..Sebagai umat Islam,adalah lebih baik kita merayakan tahun baru hijrah daripada tahun baru masihi..Sempena perayan tahun baru yang lepas,kita boleh melihat org Islam lebih cenderung merayakan tahun baru masihi daripada hijrah..Apa lagi yang tinggal untuk umat islam raikan di masa depan jika belia Islam di sogok dengan hiburan yang keterlaluan tanpa mngira batas-batas agama..sedikit demi sedikit identiti islam terhakis dalam diri orang islam itu sendiri dan yang tinggal hanya fulan bin fulan dengan fulana binti fulana..

Tahun baru ini yang bakal kita hadapi akan memberi seribu satu cabaran yang perlu kita tempuhi..Segala cabaran harus kita tempuhi satu persatu dengan tenang dan sabar agar cabaran itu akan menjadi pengalaman yang berguna untuk kita..Apabila saya melihat kembali kenangan dan cabaran yang sya hadapi pada tahun lepas (2008), terlalu banyak untuk diperkatakan..Namun peristiwa perginya sahabat sepermainan dan seperjuangan menghadap Ilahi adalah satu tamparan hebat bagi diri saya sebagai hamba Allah yang kerdil..Pemergian Allahyarham Afian Iskandar pada 23 Disember 2008 merupakan satu badai yang besar yang harus dihadapi oleh teman seperti saya..Dari situ keyakinan sya terhadap kuasa dan janji Allah adalah terlalu tinggi tentang kematian..Ajal maut tidak mngira pangkat,harta,usia teman atau saudara..Saya hanya mampu berdoa agar beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Kepada rakan-rakan yang lain,ambillah perkara ini sebagai satu ikhtibar kepada kita untuk meneruskan kehidupan mngikut landasan Islam yang benar..

Pembuka tahun baru kali ini kita dikejutkan dengan serangan Israel terhadap penduduk ISLAM Palestin..Saya berasa amat sedih akn nasib yang menimpa saudara kita di sana..kehidupan harian yang dihujani dengan serangan bom dari tiga penjuru sememangnya melahirkan rasa kebimbangan kepada mereka terutamanya sang kecil yang baru mngenal erti kehidupn..Saya menyeru kepada semua tidak kira bangsa dan agama agar terus berdoa untuk bumi palestin agar dijauhkan dari kekejaman israel..semoga Allah melaknati kaum yahudi seperti mana Allah janjikan di dalam Al-Quran..

Kepada sahabat semua, selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru..kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus mnghirup udara di atas bumi Allah ini..kita juaga patut bersyukur hidup di atas negara yang aman damai dan merdeka..Ingatlah, perjuangan kita sebagai khalifah Allah belum selesai bahkan tidak akan selesai selagi roh tidak bercerai dari jasad..berbaktilah kepada agama dan bangsa selagi mampu..tuntutlah ilmu dan timba pengalaman selagi terdaya dan yang paling penting,tingkatlah amalan kita kepada Allah SWT selagi kita hidup..

Selamat menghadapi tahun 1430 dan 2009..

Wassalam...

Saturday, March 8, 2008

Kalimah2 yang mendapat rahmat daripada Allah

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biar pun satu ayat..." Wassalam, "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untukDunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untukAkhirat Mu" Subhanallah...
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut
  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendakmelakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiunjika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

(Dari tafsir hanafi)

Perlukah Sebab dalam Bercinta?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya al size kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkankepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalambentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."